BAHAGIAN B
KARANGAN UMUM :BIBLIOGRAFI
Dayang Salhah.Wanita yang berusia 36 tahun ini amat sinonim dengan perindustrian kek lapis Sarawak yang telah menembusi pasaran Asia Tenggara.Hampir setiap hari kedainya akan dikunjungi oleh pelanggan-pelanggan tempatan mahupun pelanggan dari Negara-negara jiran seerti Thailand dan Indonesia.Kini,wanita kelahiran Sarawak ini telah membanggakan nama Malaysia sekaligus memartabatkan makanan tradisional Malaysia di persada antarabangsa.Hal ini membuktikan makanan tradisional di Negara kita ini semakin bertapak dalam hati rakyat Malaysia.Kejayaan usahawan wanita ini telah membuka mata semua pihak bahawa makanan tradisional Malaysia mampu mengatasi makanan-makanan Negara luar yang lain seperti berdiri sama tinggi,duduk sama rendah.Namun begitu,generasi-genrasi millennium di Negara kita ini mengendahkan makanan tradisional dan lebih mengagung-agungkan makanan dari Negara lain.Oleh itu,kita patut membuka langkah yang efektif dan drastic untuk menambat hati generasi millennium ini untuk menggemari makanan tradisional di Malaysia kerana usaha pasti akan membuahkan hasil.
Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini,kita dapat menyaksikan bahawa media MASSA merupakan medium penyampaian yang paling efektif untuk mempengaruhi minda generasi millennium ini.Oleh itu,makanan-makanan tradisional Malaysia boleh dipasarkan melaui laman sesawang mahupun iklan-iklan di kaca televisyen dan ruang udara.Sebagai analoginya,siaran Asian Fod Channel saluran 703 di Astro pernah menyiarkan sebuah dokumentari yang menunjukkan proses pembuatan laksa di negeri-negeri dalam Malaysia.Lantaran itu,pihak penyiaran lain juga disarankan agar merencanakan sebuah dokumentari berkisarkan proses pembuatan makanan tradisional di Malaysia agar dapat menarik lebih ramai lagi penggemar-penggemar makanan tradisional di Negara kita.Justeru,makanan-makanan tradisional di Malaysia boleh diperluaskan lagi melalui media MASSA sebagai medium penyampaian.
Dalam mendepani reality baru dunia yang pantas berubah dan berkembang ini,pihak kerajaan patut mengorak langkah sederap untuk mengekalkan makanan tradisional di Negara kita dengan mengadakan festival ataupun ekspo makanan tradisional Malaysia.Festival dan ekspo ini akan Berjaya dengan adanya komitmen menyeluruh agensi yang terlibat.Para pelancong dari seluruh dunia boleh berkunjung ke Malaysia untuk mengetahui dan merasai sendiri keaslian makanan tradisional Malaysiasekaligus meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi Negara kita.Peribahasa hujan emas di Negara orang,hujan batu di Negara sendiri amat sesuai dengan situasi ini kerana rakyat Malaysia jud=ga dapat belajar mengenai makanan tradisional kaum lain.Hal ini membuktikan bahawa makanan tradisional di Malaysia boleh dipasarkan dengan mengadakan festival ataupun ekspo makanan tradisional Malaysia.
Bukan itu sahaja,dalam konteks ini generasi-generasi millennium lebih menggemari makanan yang dapat menggamit selera mereka sebagai contoh burger colonel keluaran ‘Kentucky Fried Chicken’ (KFC) dan burger samurai keluaran McDonald.Sehubungan dengan itu,pengusaha-engusaha makanan tradisionla hendaklah memvariasikan lagi makann tradisional dengan pelbagai jenis perisa,warna dan’topping’ di atasnya seperti buah strawberry dan buah ceri.Sebagai contohnya,pengusaha bahulu boleh memveriasikan kuih bahulu dengan menambahkan aiskrim dan buah ceri dia tasnya agar orang ramai akan tertarik untuk mencuba dan merasa kuih bahulu itu.Dengan berbuat demikian,pengusaha-pengusaha makanan tradisional lain akan tertarik untuk memvariasikan makanan tradisional mereka.Intiharnya,variasikanlah makanan tradisional Malaysia agar dapat menarik minat generasi millennium ini.
Sebagaimana yang kita ketahui,penerbangan Malaysia Airlines(MAS) akan menyediakan makan dan minuman semasa penerbangan.Oleh itu,sewajarnya kita menyarankan kepada pihak penerbangan agar menyediakan makanan-makanan tradisional Malaysia sebagai sajian.Dengan itu,para pelancong yang menggunakan penerbangan Malaysia akan dapat merasai dan mengetahui lebih lanjut lagi mengenai makanan tradisional Malaysia.Selain itu,makanan tradisional Malysia juga boleh disajikan dalam majlis-majlis rasmi yang melibatkan orang kenamaan.Makan tradisional tersebut dapat melambangkan identity Malaysia sekaligus menjada tanda ingatan mengenai Malaysia.Tegasnya di sini baawa makan tradisional Malaysia harus diperketengahkan dalam penerbangan dan majlis-majlis rasmi.
Umum mengetahui bahwa Malaysia semakin dikenali di persada antarabangsa dengan keunikan budaya warisan dan rakyatnya yangd apat hidup bersatu di bawah satu bumbung walaupun berbeza kaum dan agama.Sehubungan dengan perkara itu,warisan Malaysia patut diperkenalkan dan diperluaskan lagi dengan mengeksport makanan tradisional Malaysia ke luar Negara.Pihak kerajaan boleh mengecualikan sebanyak sepuluh peratus untuk barangan Mlaaysia termasuk pengeksportan makanan tradisional Mlaysia ke luar Negara.Dengan berbuat demikian,akan lebih ramai lagi ushawan tempatan akan menceburkan diri dalam bidang perindustrian makanan tradisional ke luar Negara sekaligus mengurangkan peratusan pengangguran.Bukti yang jelas dan terkini berkaitan dengan perkara ini telah dikeluarkan oleh sebuah blog pelancongan yang menunjukkan bahawa Mlaysia merupakan satu-satunya calon untuk menjadi salah sebuah destinasi pelancongan pada tahun 2014.Memandangkan peluang sudah tersedia di depan mata,gunakanlah peluang keemasan tersebut untuk memasarkan makanan tradisional Malaysia.Jadi,kita perlu mengeksport makanan tradisional Malaysia ke luar Negara agar dapat diperluaskan.
Mudah-mudahan langkah-langkah efektif yang telah dicannagkan ini dapat memperluaskan pasaran makanan tradisional Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.Langkah-langkah yang efektif tersebut termasuklah emnggunakan medium MASSA sebagai medium penyampaian,mengadakan festival atau ekspo makanan tradisional,menjadikan makanan tradisional sebagai slaah satu sajian dalam penerbangan dan majlis-majlis rasmi serta pengeksportan makanan tradisional Malaysia ke luar Negara.Dengan ini dihrapkan agar semua pihak yang terlibat dapat memberi komitmen yang tinggi dan pengertian serius dalam menjayakan misi untuk memsarkan makanan tradisional Malaysia setaraf dengan makanan Negara lain diibaratkan berdiri sma atinggi,duduk sama rendah.Jika semua pihak berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki,ke lurah smaa dituruni,perkara ini tidak akan menjadi bayangan mata sahaja.Sebagi menggulung segala yang telah diperkatakan di atas,marilah kita adunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu dan mantap agar matlamat yang diimpikan menjadi kenyataan.
No comments:
Post a Comment