Tuesday, 22 September 2015

Rencana

BAHAGIAN B
KARANGAN JENIS RENCANA

Cara-cara Yang Boleh Dilakukan oleh Ibu Bapa Bagi Mengatasi Masalah Obesiti Dalam Kalangan Kanak-kanak dan Remaja
Oleh : Atikah Binti Hasbi

     Adakah keluarga anda pernah mengalami obesity?Jika ya,adakah anda sudah mengambil langkah-langkah mengatasinya?Sejak akhir-akhir ini,iklan-iklan yang dipaparkan di kaca televisyen telah menarik minat para remaja untukmencuba dan merasai makanan segera seperti mi Maggi kari dan bubur segera Knor.Ibu bapa juga semakin menggemari restoran-restoran yang mengeluarkan makanan segera atas alasan tiada masa untuk menyediakan makanan di rumah.Sebagai intihar daripada masalah obesity ini,pelakon tanah air kita sendiri iaitu gelaran glamournya Bob Kuman telah menderita akibat masalah obesity ini.Masalah obesity ini juga berpunca daripada sikap individu itu sendiri yang malas untuk bersenam seperti badak berendam.Oleh itu,dapat kita simpulkan bahwa masalahobesiti ini mendatangkan pelbagai kesan terhadap individu itu sendiri.Jadi,marilah kita bersama-sama berdiri untuk menyediakan benteng daripada masalah obesity ini.

     Pada zaman urbanisasi yang kian menginjak maju ini,ibu bapa terutamanya semakin sibuk mengejar kekayaan duniawi hinggakan kesihatan anak-anak diabaikan.Hal inilah yang menyebabkan masyarakat kini mengalami obesity terutamnya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.Ibu bapa sepatutnyamenyediakan makanan yang seimbang dan sesuai dengan usia anak-anaknya.Selitkan sedikit ketegasan dalam mengajar anak-anak untuk mengamalkan pemakanan yang sihat.Jangan benarkan mereka untuk makan makanan ringan dan makanan segera di kantin mahupun di kedai-kedai yang lain.Seperti yang kita lihat kini,trend untuk makan mi segeradan bubur segera telah menjadi budaya dan semakin membiak dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.Hal ini kerana mereka menyatakan bahawa makanan tersebut mudah untuk dimasak dan rasanya pun lebih enak daripada makanan yang lain.Sikap inilah yang diibaratkan seperti asal ayam pulang ke lumbung,asal itik pulang ke pelimbahan.Justeru itu,dapatlah kita tegaskan bahawa cara yang terbaik untuk mengelakkan peratus obesity dalam kalangan kanak-kanak dan remaja daripada meningkat ialah dengan cara mengamalkan pemakanan yang seimbang.

     Selain mengamalkan pemakanan yang seimbang,ibu bapa yang semakin sibuk dengan kerjaya masing-masing hendaklha meluangkan masa berhujung minggu bersama anak-anak.Mereka juga boleh melakukanaktiviti riadah bersama-sama seperti berjoging.Aktiviti seperti ini patut dijadikan amalan mingguan ataupun aktiviti keluarga kerana aktiviti ini menyihatkan badan seterusnya dapat menerapkan gaya hidup sihat dalam sesebuah keluarga.Masalah obesity juga akan dapat dibendung kerana aktiviti riadah itu akan membuatkan anak-anak akan terbiasa untuk mengamalkan aktiviti-aktiviti yang tidak memudaratkan kesihatan badan mereka terutamnya mencegah daripada masalah obesity.Contohnya,ibu bapa boleh mengajak anak-anak merekauntuk berjoging bersama-sama di taman permainan ataupun kawasan perumahan.Walaupun pada mulanya memang payah untuk memulakan gaya hidup baru ini,tetapi alah bias tegal biasa.Kesimpulannya ,ibu bapa boleh melakukan aktiviti riadah bersama-sama dalam membendung masalah obesity ini.

     Sebagaimana acuan,begitulah kuihnya.Itulah peribahasa yang menunjukkan betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam memberikan teladan yang baik kepada anak-anak.Ibu bapa sepatutnya menunjukkan sikap yang baik dan mempunyai fizikal yang sihat kerana anak-anak  akan menjadikan mereka sebagai ‘role model’ buat mereka.Jika ibu bapa mereka enteng akan perkara yang berkaitan hal kesihatan ini,maka anak-anaknya juga akan bersikap sedemikian rupa.Anak-anak akan sentiasa melihat dan mencontohi sikap ibu bapa mereka itu sendiri.Contohnya,jika ayahnya sudah mengalami masalah obesity dan tidak mengamalkan gaya hidup sihat,apatah lagi anaknya bukan?Ibu bapa boleh membimbing anak-anak mereka kea rah yang lebih baik dan melahirkan anak yang sihat tanpa masalah obesity.Oleh itu,ibu bapa hendaklah menjadi teladan yang baik kepada anak-anak dalam mengatasi masalah obetasi dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

     Di samping itu,ibu bapa janganlah terlalu memanjakan anak-anak mereki seperti ayam sabungan.Namun,apa yang berlaku pada masa kini ialah apa-apa sahaja yang diminta oleh anaknya pasti dituruti.Contohnya,jika anaknya yang tinggal di asrama inginkan ayam KFC dan burger McDonald,pasti ibu bapanya akan membelikan jua walaupun harganya melambung tinggi.Displinkan anak-anak dalam pemakanan mereka.Hadkan pemkaanan mereka dan pastikan mereka telah mengambil nutrisi yang secukupnya untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seharian.Jika kita turuti sahaja permintaan anak-anak,sudah tentu mereka akan memilih makanan yang berkalori tinggi sahaja.Jadi,ibu bapa khususnya janganlah terlalu memanjakan anak-anak sehinggakan kesihatan pun dimanjakan lantas membinasakan diri sendiri.

     Tambahan,ibu bapa sepatutnya memberikan pendidikan yang baik dan mendedahkan anak-anak dengan perihal kesihatan seperti punca-punca obesity berlaku dan kesan-kesannya.Walau bagaimanapun,adakah anak-anak anda tahu mengenai penyakit yang semakin hangat diperkatakan sekarang?Adakah anak-anak anda tahu apakah itu obesity?Sesetengah anak-anak akan terpinga-pinga dan tercari-cari makna di sebalik obesity tersebut.Dapatlah kita lihat di sini bahawa pendidikan kesihatan semakin diabaikan dalam membentuk sesebuah keluarga.Ibu bapa kini lebih mementingkan kejayaan akademik anak-anak mereka tanpa menghiraukan perihal kesihatan.Anak-anak perlu didedahkan dengan pendidikan kesihatan sedari kecil lagi dan janganlah bersikap sudah terhantuk,baru hendak terngadah.Benarlah bahwa ibu bapa yang menerapkan pendidikan yang baik dapat mengatasi masalah obesity dalam kalangan kanak-kanak dan remjaa.

     Tepatnya,pelbagai cara boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam mengatasi masalah obesity ini.Semestinya,ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk kesihatan anak-anak mereka.Penentu kehidupan seseorang bukan bergantung pada kekayaan semata-mata tetapi pada kesihatan.Tiada gunanya jua kalau hidup kaya,jiwasengsara.Tuntasnya,ibu bapa umumnya ,mainkanlah peranan anda dalam mengatasi masalah obesity dalam kalangan kanak-kanak dan remaja ini.Bersama-samalah kita menangani masalah obesity yang semakin menular dalam kalanagan rakyat Malaysia ini.

No comments:

Post a Comment