Tuesday, 22 September 2015

Kepentingan Membaca

BAHAGIAN A: KEPENTINGAN MEMBACA
KEPENTINGAN MEMBACA

     Menuntut ilmu biarlah hingga ke negeri China.Kata-kata hikmat ini cukup membuka mata kita bahawa ilmu boleh dituntut di mana-mana sahaja.Amalan membaca merupakan salah satu cara untuk menuntut ilmu dan mempunya kepentingan tersendiri.

     Membaca boleh dijadikan hobi kerana membaca merupakan amalan yang berfaedah.Kita tidak semestinya membaca buku ilmiah sahaja tetapi juga boleh membaca blog-blog di laman social dan majalah-majalah ilmu seperti Dewan Pelajar dan Asuh.Jadi,membaca merupakan hobi yang berfaedah.

     Melalui pembacaan,para pelajar terurtamnya dapat membina dan mencetuskan idea-idea baru.Sebagai contoh,para pelajar dapat mengetahui isu semasa yang diperoleh dari surat khabar dan mempraktikkannya dalam peperiksaan.Tidaklah para pelajar Negara kita dikenali seperti katak di bawah tempurung sahaj.Tegasnya,membaca dapat membina dan mencetuskan idea-idea baru.

     Bukan itu sahaja,para pelajar juga seyogia menambahkan ilmu pengetahuan yang sedia ada melalui pembacaan.Terdapat pelbagaui ilmu kontemporari lain yang boleh kita ketahui melalui pembacaan.Beberapa naskhah surat khabar telah menyediakan sudut celik minda yang memaparkan karya-karya pelajar.Sudah terang lagi bersuluh bahawa melalui pembacaan,kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan kerana membaca jambatan ilmu.

     Di samping itu,kemahiran berbahasa juga dapat ditingkatkan melalui pembacaan yang konsisten kerana Bahasa jiwa bangsa.Kita boleh mengetahui corak Bahasa yang digunakan dan penggunaan tatabahasa yang betul melalui pembacaan akahbar dan majalah.Janganlah jadi seperti pahat dengan penukul baru hendak membaca.Oleh itu,membaca dapat meningkatkan kemahiran berbahasa.

     Sebagai penggulungan kata,membaca dapat memberi seribu satu kemaslahatan kepada kita.Didiklah anak-anak dengan membaca sedari kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.Benarlah kata-kata sasterawan Greek,’Membaca memajukan bangsa.’ 

No comments:

Post a Comment