Tuesday, 22 September 2015

Cara-cara untuk Menyayangi Sekolah

BAHAGIAN A
CARA-CARA UNTUK MENYAYANGI SEKOLAH

Sekolah ataupun alma mater merupakan gedung ilmu yang penting dalam melahirkan seseorang individu yang berketerampilan dan berjaya.Kita sebagai warganegara Malaysia sepatutnya bersyukur kerana setiap sekolah telah disediakan kemudahan dan kadar yuran sekolah yang rendah.Adakah kita masih tidak mahu menghargai sekolah kita.Jadi, pelbagai cara untuk menyayangi sekolah telah dicanangkan.

     Seluruh warga sekolah seyogia memelihara harta benda sekolah sebagai tanda saying akan sekolah.Harta benda seperti meja, kerusi dan papan putih hendaklah dijaga dengan tidak melakukan perbuatan vandalisme yang boleh mencacatkan pemandangan sekolah.Jadi, antara cara untuk menyayangi sekolah adalah dengan memelihara harta benda sekolah.

     Bukan itu sahaja, para pelajar seyogia mematuhi peraturan sekolah yang wujud bagi mengekalkan suasana harmoni dalam sekolah sekaligus melahirkan rasa saying akan sekolah.Janganlah hanya menjadi warga di sekolah tersebut tetapi melanggar peraturan yang telah disediakan dan keadaan ini persis peribahasa bagai api dalam sekam.Tegasnya, sayangilah sekolah anda dengan mematuhi peraturan sekolah yang ditetapkan.

     Kecemerlangan akademik merupakan salah satu cara untuk mengekspresikan rasa sayang terhadap sekolah.Tamsilnya, jika pelajar sayang akan sekolah, semestinya mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk meningkatkan status sekolah dalam arena pendidikan.Sudah terang lagi bersuluh bahawa salah satu cara untuk menyayangi sekolah adalah dengan meningkatkan kecemerlangan dari sudut akademik.

     Dalam masa yang sama, cara untuk melahirkan rasa sayang terhadap sekolah adalah dari dimensi pencapaian kokurikulum sekolah.Jika para pelajar menjuarai sesebuah pertandingan atau perlawanan, kejayaan itu sekaligus dapat mengharumkan nama sekolah.Oleh itu, pencapaian kokurikulum yang cemerlang ialah salah satu langkah untuk menyayangi sekolah.

     Sebagai menggulung kata, antara langkah untuk menyayangi sekolah adalah dengan mememlihara harta benda sekolah,mematuhi peraturan sekolah, kecemerlangan akademik dan pencapaian kokurikulum.Selaras dengan aspirasi mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato’ Maaruf menukilkan bahawa kayu pengukur terhadap kemenjadian pelajar sekolah tersebut ialah tahap cinta dan saying para pelajar terhadap sekolah tersebut.

5 comments: