Tuesday, 22 September 2015

Penganiayaan terhadap Kanak-kanak

BAHAGIAN A
Faktor-faktor yang menyebebabkan berlakunya penganiayaan terhadap kanak-kanak.
     Nurin Jazlin Jazimin.Nama kanak-kanak ini pernah menjadi berita tergempar di seluruh Malaysia satu waktu dahulu.Bukan kerana IQnya yang tinggi seperti adik Adi Putra dan bukannya memenangi mana-mana rancangan realiti seperti Bintang Kecil dan Superstar.Tetapi,kerana tragedinya yang mampu menitiskan air mata setiap insan yang bergelar ibu bapa.Kes adik Nurin Jazlin Jazimin ini telah membuka mata semua pihak akan seriusnya kes ini di Negara kita.Seperti yang kita lihat pada masa kini,di dada-dada akhbar dan kaca televisyen acapkali menyiarkan mengenai kes-kes penganiayaan kanak-kanak.Persoalannya,adakah kita tahu akan punca-punca sebenar berlakunya penganiayaan kanak-kanak ini?

     Sedasawarsa ini,factor-faktor berlakunya penganiayaan kanak-kanak ini seringkali dikaitkan dengan ibu bapa.Hal ini dapat dibuktikan apabila ibu bapa tersebut mengal;ami tekanan di tempat kerja lantas melepaskan tekanan mereka kepada anak-anak mereka sendiri dengan cara mendera.Hal ini juga dapat diakitkan dengan pasangan suami isteri yang berkahwin pada usia muda.Golongan ini hanyabertujuan ‘menikmati’ kebahagiaan dan bukannya ‘menghargai’ pemberian kebahagiaan itu.Seperti yang kita lihat di media MASSA kini,sesetenagh golongan ibu bapa mendera anak-anak mereka dari segi fizikal,emosi dan mental hingaakan ada juga bapa yang sanggup melakukan hubungan seksual dengan darah dagingnya sendiri.Ibu bapa yang mempunyai masalah juga akan terdorong kea rah penganiayaan kanak-kanak.Kanak-kanak yang menjadi mangsa diibaratkan gajah dan harimau berkelahi,pelanduk mati di tengah-tengah.Izharnya,ibu bapa adalah factor utama dalam penganiayaan kanak-kanak.

     Selain itu,berdasarkan bancian terkini yang diperoleh melalui surat khabar Harian Metro yang bertarikh 6 Jun lalu,sebanyak tiga puluh dua peratus factor-faktor penganiayaan kanak-kanak berpunca daripada kanak-kanak yang terlalu nakal ataupun hiperaktif.Kanak-kanak seperti upah bidanpun tak terbayar ini mengundang kepada ketidaksabaran ibu bapa lebih-lebih lagi apabila mereka baru sahaja pulang dari tempat kerja dan terpaksa pula melayan kerenah anak-anak yang bermacam ragam.Kanak-kanak sebegini seharusnya dididik dari peringkat awal sepertimelentur buluh biarlah dari rebungnya agar mereka dapat mempelajari sedikit demi sedikit akan sikap yang sepatutnya yang menjadi amalan.Jelaslah,kanak-kanak itu sendiri juga merupakan penyumbang kepada penganiayaan kanak-kanak.

     Di samping itu,pengasuh juga merupakan factor-faktor berlakunya penganiayaan kanak-kanak.Pengasuh yang tidak memepunyai kemahiran mengasuh akan menderakanak-kanak sesuka hati.Analoginya,padatahun 2012,Buetin utama di siaran TV3 pernah menyiarkan sebuah video tenatng pengasuh kanak-kanak yang mendera mereka dengan memijak-mijak dan menyepak badan kanak-kanak tersebut.Adakah kanak-kanak ini hanyalah sebuah patung yang tidak bernyawa?Golonngan seperti inilah yang kita katakana haiwan robotic yang memusnahkan bangsa!Jelaslah di sini bahwa factor-faktor penganiayaan kanak-kanak berpunca daripada sikap pengasuh.

 Tambahan pula,kes penganiyaan kanak-kanak ini bertitik tolak daripada masyarakat yang tidak prihatin.Masyarakat yang tidak mempunyai nilai-nilai cakna ini mengambil enteng akan isu seumpama ini dan menganggap bahawa isu-isu ini hanyalah perkara remeh dantidak mempunyai hubung kait dengan mereka.Bukankah kejam masyarakat seperti itu?Merekahanyalah bersikap mementingkan diri sahaja!Golongan seperti ini kehausan akan nilai-nilai cakna yang diamalkan di Negara kita.Intiharnya,golongan masyarakat juga menjadi penyumbang kepada factor-faktor penganiayaan kanak-kanak.

     Tuntasnya,semua pihak hendaklah bertanggungjawab dalam membanteras isu penganiayaan kanak-kanak ini.Kanak-kanak ini masih setahun jagung dan kanak-kanak ini jugalah yang akan menerajui Negara kita pada masa hadapan kelak.Jika pada masa kecilnya sudah mempunyai trauma didera,cuba kita bayangkan apakah yang akan terjadi terhadap Negara kita kelak.Adakah mereka akan membalas dendam atau sebaliknya?Konklusinya,factor-faktor penganiyaan kanak-kanak ini berpunca daripada pihak ibu bapa,kanak-kanak,pengasuh dan masyarakat itu sendiri.

No comments:

Post a Comment